Poster Rasmi Filem Billa
Filem:
Billa (2007)
Penilaian:
9/10
Pengarah:
Vishnuvardhan
Genre:
Aksi
Pelakon:
Ajith Kumar, Nayanthara, Namitha, Prabhu Ganesan, Rahman, Adithya Menon dan Santhanam
Tarikh Tayangan:
14 Disember 2007
Pengedar:
Ayngaran International & Maraz D’ Cinema (Malaysia)
Bertemu lagi kita dalam kupasan filem tamil. Kali ini saya memilih Billa.Saya memilih filem ini kerana hampir 90 % adegan diggambarkan di sini.Ini merupakan suatu penghargaan buat kita semua. Filem ini sangat unik kerana cara pembikinan sangat berkualiti dan moden. Filem ini merupakan “remake” daripada filem asal (Billa 1980) yang dilakon oleh Superstar Rajnikanth. Namun, Ajith Kumar juga telah kerja bertungkus lumus supaya filem ini memenuhi kehendak penonton.
Persoalannya;
1. Mengapakah krew filem memilih Malaysia dan bukannya negara mereka sendiri ?
Latar belakang cerita ini berlaku di luar negara India. Sehubungan dengan itu Malaysia amat sesuai kerana mempunyai ramai penduduk kaum India berbahasa Tamil.
2. Mengapakah tona warna filem ini gelap ?
Secara kebetulan Vishu ingin mengambil
dalam hitam putih untuk menunjukkan “dark side of the world” kerana itulah
semua pelakon berpakaian gelap dan terdapat banyak cermin serta dinding putih
dalam adegan. Namun, mereka menggunakan tema ‘aqua blue”.
Terdapat beberapa tempat penggambaran dilakukan. Antaranya ialah :
1. Jalan Ampang, KLCC
2. KL Tower
3. Eye On Malaysia, Titiwangsa
4. Batu Caves, Selangor
5. Port Dickson, Negeri Sembilan
6. Langkawi Sky Bridge, Kedah
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang penjenayah antarabangsa Billa (Ajith Kumar) yang tersenarai dalam Interpol, bersembunyi dan menjalankan kegiatannya di luar India. DSP Jayaprakash (Prabhu Ganesan) telah menghabiskan beberapa tahun semata mata ingin menangkap Billa dan kumpulannya. Semasa pertembungan dengan pihak polis Billa mati akibat cedera parah dalam kemalangan. Pada masa yang sama, DSP Jaya mengadakan upacara pengebumian secara diam diam. Pegawai Interpol Gokulnath (Rahman) pula tiba di Malaysia untuk membantu DSP Jaya supaya dapat menahan penjenayah antarabangsa itu. DSP Jaya pula merahsiakan kematian Billa dan mecari seorang lelaki yang mirip Billa. Kemudian, dia telah meminta Velu (Ajith Kumar) untuk menyamar sebagai Billa dan mengintip kegiatan jenayah yang dilakukan sekaligus dapat menahan ketuanya, Jagdish. Sebagai pulangan DSP memastikan anak angkat Velu iatu Karan diberikan pendidikan yang bagus. Seterusnya, DSP Jaya melatih Velu dan menghantarnya ke kumpulan Billa sebagai orang hilang ingatan. Kemudian, secara perlahan lahan Velu mengenali semua aktiviti yang dijalankan dan dapat bercakap dengan ketuanya, Jagdish. Setelah DSP Jaya menerima maklumat daripada Velu, dia telah dibunuh. Klimaks cerita ini ialah siapakah Jagdish yang hanya berkomunikasi melalui telefon dan mampukah Velu membuktikan Billa telah mati dan lari keluar dari kumpulannya tanpa berlaku pertelingkahan. ?
Konklusinya, filem ini memang mengisi masa lapang para penonton dan ini merupakan ulasan setelah filem ini di pawagam ;
Sify lauded the film, writing: Billa delivers the goods with its great star cast, a designer look, technical glitz, perfect chemistry making it an entertainment extravaganza". The reviewer claimed that it was the "first designer-look Kollywood film with classy action cuts" and a "technically chic, racy, engrossing entertainer with a Hollywood look", going on to call it "racy & rocking". The critic also heaped praise on the lead actor: "Ajith looks sensational and clearly he is at home, playing dual roles of Billa and Velu. He is suave, dashing, and debonair and has terrific screen presence which makes the film work big time. You just cannot think of any other actor in Tamil donning the role made memorable by Rajinikanth"
Ini bermaksud :
Sify memuji filem itu, menulis: Billa menyampaikan ceritanya dengan pameran bintangnya yang hebat, penampilan pereka, kemewahan teknikal, keakraban pelakon menjadikannya hiburan yang luar biasa . Pengulas itu mendakwa bahawa ia adalah" filem Kollywood pertama yang berjenama dengan aksi hebat dan penghibur dari segi teknikal, bersemangat, mempesona dengan penampilan Hollywood. Pengkritik juga memuji pelakon utama " Ajith kelihatan tampan dan jelas dia mampu bekerja dengan memainkan dua watak Billa dan Velu. Dia peramah, gagah, segak dan memiliki “screen presence” yang hebat yang menjadikan filem ini berjaya . Anda tidak boleh memikirkan pelakon lain dalam Tamil selain Rajnikanth yang memainkan peranan ketua gangster.
Author: Buvesh Kumar
Penulisan yang mantap. Cuma berhati - hati apabila translate bahasa yeaa.
ReplyDeleteTerima kasih encik.
Delete