KUPASAN MENGENAI FILEM TAMIL KABALI (2016)

Poster Rasmi Filem Kabali
Filem:
Kabali  (2016)
Penilaian:
7/10
Pengarah:
Pa. Ranjith
Genre:
Aksi
Pelakon:
Tarikh Tayangan:
22 Julai 2016
Pengedar:
V Creations dan Malik Streams Corporation (Malaysia)


Siapa di sini suka layan filem India ? terutamanya cerita Tamil ? Saya pasti hampir semua menganggukan  kepala. Jadi, Hari ini saya akan buat “review” filem Kabali. Semasa filem Kabali  tengah “shooting” di Malaysia. Penulis rencana ini masih sibuk belajar untuk persediaan SPM. Umur saya ketika itu 17 tahun  dan tak jadi ke Batu Caves untuk melihat ikon Tamil itu. Walau bagaimanapun,semasa filem ini di pawagam penulis pula tengah bekerja “part time”  di Nandos NU Sentral. Jadi, senanglah sikit nak pergi tengok wayang lepas habis kerja.


Antara persoalan  filem Kabali ialah :

 1. Mengapakah krew filem memilih Malaysia dan bukannya negara mereka sendiri ?
· Latar belakang cerita ini berlaku di Malaysia sehubungan dengan itu lokasi ini amat sesuai kerana mempunyai ramai penduduk kaum Tamil.

2. Apakah kepentingan memilih Superstar Rajnikanth untuk cerita ini?
· Superstar Rajnikanth mempunyai sokongan peminat yang sangat kuat di Malaysia khususnya dari kalangan masyarakat Melayu sehinggakan kabali versi Melayu juga telah dikeluarkan . Maka,  dengan strategi sebegini penerbit filem mampu membuat keuntungan yang lebih  banyak.

3. Mengapakah masyarakat India memilih Tanah Melayu untuk bekerja pada zaman British ?
· Perkara ini disebabkan faktor tarikan dan penolakan. Pada masa itu, British memerlukan tenaga manusia untuk membangunkan ladang-ladang di sini. manakala, masyarakat India terpaksa berpindah demi menyara kehidupan daripada kebuluran dan bencana alam. 
Advertisement
Sinopsis:

Filem ini memang mengisahkan masyarakat Tamil Malaysia yang hidup di kawasan perladangan  dan bagaimana segelintir masyarakatnya terjebak dalam gejala sosial. Secara amnya, filem ini mengenai watak Kabali yang dimainkan oleh Superstar Rajnikanth mencari isterinya yang ditinggalkan 25 tahun lalu semasa berlakunya pembunuhan di kuil ladang akibat pengkhianatan dan terpaksa dimasukkan ke penjara. Sejurus dia keluar dari penjara dia telah bertekad untuk memusnahkan kumpulan 43 yang diketuai oleh Tony Lee (Winston Chao). Difahamkan kumpulan tersebut juga melakukan aktiviti pengedaran dadah, pelacuran, gangsterime dan penyeludupan manakala kumpulan 00 dibawah naungan Kabali pula membuat aktivti masyarakat dengan menubuhkan Free Life Foundation untuk membantu golongan pelajar yang terbiar. Situasi ini merupakan satu adegan yang benar berlaku di Malaysia iatu adanya MySkills dibawah pengawasan Ahli Parlimen Segamat YB Dr. Santhara Kumar. Klimaks filem ini ialah  bagaimana Kabali kembali bersama isterinya Kumudhavalli (Radhika Apte) dan dapatkah dia membasmi aktiviti Tony Lee dan membunuhya ? Pengakhiran filem ini diolah sedikit. Versi asli menggambarkan Tiger (Hari Krishnan) pelajar sekolahnya berjalan ke arah Kabali dan bunyi das tembakan dalam adegan kosong seolah olah diupah oleh pihak polis manakala selepas  dipotong “cut version” filem ini berakhir dengan tulisan putih di skrin iatu : FINALLY KABALI SURRENDERED TO POLICE. 

Jadi itulah ceritanya secara ringkas. Sebagai pecinta filem saya rasa Lembaga Penapisan Filem perlu membuat keputusan sebegini untuk menjaga nama baik PDRM dan memelihara keamannan negara.
Seterusnya, penghargaan seharusnya diberikan kepada pengarah filem Pa. Ranjith kerana menggunakan “slang” orang Tamil Malaysia.

Antaranya ialah :
· Saavadi – Bermaksud bagus tetapi tidak sopan untuk ditutur.
· Terukva – Maksudnya sangat teruk biasanya digunakan untuk muka yang hodoh, sikap manusia atau peristiwa.
· Gaadi – Kereta. Kami jarang menggunakan perkataan sebenar iatu “Vaaganam” atau “Vandi”.
· Semmai –  Sangat baik/bagus. Perkataan ini pun jarang digunakan oleh masyarakat Tamil Nadu (TN), India malah sangat umum di sini.
· Nasi – Memang nasi pun. Tetapi kami biasa sebut perkataan nasi tambah atau nasi bongus (bungkus) ketika memesan di restoran. Manakala masyarakat TN sebut “Sadham”.
· Tea-tanni – Maksudnya air teh kerana di (TN) mereka sebut “Tea” sahaja.
· Kampong – Kampung. Juga disebut sebagai Kambam atau Kambathu.
· Adalah kozhikari –Maksudnya, hari ini ada sesuatu yang bagus. 
· Sadaiyan – Merujuk kepada masyarakat Cina di Malaysia tetapi tidak sopan untuk digunakan.
· Matthirai – Merujuk kepada ubat ubatan dalam bentuk pil tetapi konteks di sini ialah dadah.
· Kuuthali – Merujuk kepada kawan,sahabat atau rakan. Di (TN) mereka guna perkataan “Nanban”
· KL town – Bandar Kuala Lumpur. Disini kami menitik beratkan perkataan “town” semasa bertutur.
· Masuk – Digunakan untuk menjemput ke dalam group WhatsApp atau bercampur tangan. Contoh ayat; "Raj, tolong cakap kat itu apek jangan masuk saya punya line !"
Konklusinya, selepas saya keluar dari pawagam bersama rakan. Saya mendapati semua lapisan masyarakat perlu bertindak rasional dan bekerja keras untuk mengubah nasib hidup  masing – masing dan tidak menyalahkan mana- mana pihak. Untuk ”rating” pula saya akan bagi  7/10 kerana berjaya menjadikan sebagai suatu “cult classic”. Dalam masa yang sama, saya rasa artis tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Zack Taipan dan Norman Hakim tidak digunakan sepenuhnya dalam filem malah hanya diletakkan sebagai “fillers ” kerana tiada dialog diberikan untuk memenuhi perwatakan.4

Saya (kiri) bersama-sama rakan sekolah selepas menonton Kabali di GSC NU Sentral.
                                                                                                    Author: Buvesh Kumar




Comments

  1. Nampaknya penulis ambil masa untuk hasilkan ini. Terbaik.

    ReplyDelete

Post a Comment