Aku nak share rahsia ini. Suka makan shellout ke? Nak tahu tak shellout paling sedap dekat shah alam?
Dalama bahasa mudah shellout ialah kombinasi pelbagai makanan laut dimasak sekali dengan sos yang dipilih. Selain itu, shell out biasanya dimakan bersama nasi putih dengan hanya beralaskan plastik dan sarung tangan.
Mari saya kongsi 3 shellout yang anda harus cuba.
1. Coboroy cafe, IRDKL Mall,
Coboroy ini ada sotong goreng tepung, butter milk prawn, dua ekor ketam sambal pedas dan sebagainya. Di sini anda boleh rasa shellout dengan Mango Lassi yang lazat. Shellout dekat sini RM20. Malu kalau tidak pernah cuba Shellout Coboroy. Waktu operasi dari 12pm to 12am setiap hari.
2. Kak Anie Shellrock
Sekiran anda mencari makanan laut yang enak, jangan cari lagi sebab Kak Anie Shellrock di Laman Glenmarie,Shah alam ada shellout paling murah RM10. kalau nak makan shellout dekat sini anda tidak perlu risau tempat letak kenderaan sebab ada tempat luas untuk letak kenderaan anda. Dengan hanya, RM10 anda boleh dapat memperoleh satu shell out dengan pelbagai makanan laut seperti ketam, udang, kerang, kerang buluh dan sebilangan besar nasi. Waktu operasi setiap hari 4pm to 12am.
3. Ombak Kitchen
Kedai Ombak Kitchen terletak di Bukit Jelutong. Di sini mereka hanya guna makanan laut yang segar. Mereka ada 5 jenis sos yang anda boleh pilih. Ada yang suka makan pedas, ada yang suka makan manis. Ini tempat sesuai untuk semua. Selain makanan sedap kalau ada suka ambil gambar ini juga tempat sesuai untuk ada kerana hiasan dalaman restoran ini sangat cantik. Kaki gambar cuba la shellout sini.
Author : Punitha Narayanasamy
Lepas pkp shellout!
ReplyDeleteYeah shellout
ReplyDelete