Saya suka menikmati semua jenis makanan terutama masakan tradisional Melayu kerana rasanya yang asli, mentah dan tidak bermiyak seperti kari India. Mungkin citarasa saya berbeza dengan orang lain. Tetapi saya tetap lebih suka berbanding masakan India. Oleh itu, saya telah meminta jiran saya untuk menyediakan masakan ini kerana ibu saya tidak suka bau belacan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jiran saya bernama Puan Jida. Segala kredit pergi kepada beliau yang sudi luangkan masa untuk saya.
A. Resepi Cabai Penyet..
1 Labu Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
4 Biji Cabai Merah
20 Biji Cabai Melaka Hijau
3 Biji Tomato
Sedikit Belacan
B. Bahan Ayam Goreng
4 Sudu Tepung Gandum
4 Sudu Tepung Jagung
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit kari daging
C. Bahan Tempe
Ini saya beli di pasar malam yang sudah dipek tunngu utntuk digoreng sahaja.
D. Bahan Ulam ulam
Salad
Kacang Panjang
Timun
Kaedah
1. Goreng bahan bahan A dalam minyak panas dan tumbuk sehingga lumat. Kalau nak guna blender pun boleh asalkan bahan- bahan semua jadi seperti pes.
2. Kedua, gaulkan ayam dengan semua bahan- bahan B dan goreng sehingga warna keemasan dan rangup. Selepas digoreng penyetkan ayam dengan pisau supaya boleh masukkan pes cili di atas.
3. Seterusnya, goreng tempe yang dilumur dengan serbuk kuniyit dan garam.
4. Akhir sekali, letakkan ayam di atas pinggan bersama nasi putih dan sedikit ulam ulaman mengikut citarasa.
Author: Buvesh Kumar
Rasa nak makan lak lepas baca
ReplyDeleteEasy instruction
ReplyDelete