SOTONG KAM HEONG – SANGAT SEDAP

Contoh gambar masakan sotong kam heong

Lauk ini saya pernah makan di salah sebuah restoran di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Satu pinggan sotong untuk 2 hingga 3 orang mencecah sebanyak RM 35.00. Walaupun mahal bagi saya tetapi rasa dia memang padu sampai saya menyuruh kakak aku masakkan. Ikutkan cerita saya sepatutnya bangun awal dan pergi ke pasar, tetapi disebabkan tidur lewat saya bangun pukul 3 petang. Namun, bertekad untuk makan sotong saya salin baju dan terus ke Hypermarket Giant dan membeli segala barang yang diperlukan. Saya ingin menucapkan terima kasih kepada kakak saya yang sudi luangkan masa untuk memasak sotong ini. 

Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana
2 sudu tepung jagung
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
2 sudu udang kering
2 batang serai
7 biji cili padi
2 sudu serbuk kari ikan
Air
Kicap air
Minyak kacang
Garam

Cara-cara
1) Cuci sotong tersebut dengan air asam jawa untuk elakkan bau hanyir.
2) Selepas cuci, gaulkan sotong dengan tepung jagung dan biarkan seketika.
3) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
4) Selepas itu, masukkan udang kering dan goreng sehingga garing.
5) Setelah iu, masukkan serai, dan cili padi.
6) Masukkan juga serbuk kari dan air secukupnya dan masak sehinnga pecah minyak.
7) Seterusnya, masukkan sotong dan gaul sebati
8) Sekarang baru tambah perasa – perasa seperti kicap, garam dan gula dan gaulkan sotong masak.
9) Lauk ini sedia untuk dihidang bersama nasi putih. 

Author: Buvesh Kumar

Comments

Post a Comment