AYAM MASAK KICAP

Sedia dihidang untuk makan tengahari. 


Yang inilah baru betul – betul simple selama saya menulis resipi di sini. Lauk ini mudah disediakan oleh sesiapa sahaja apabila semua lauk – pauk habis di waktu tengahari. Mari kita lihat cara – cara menyediakan lauk ini dengan begitu mudah.


Bahan – bahan
Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Kicap lemak manis Jalen
Soscili
Gula
Garam
Air
Serbuk kunyit
 
Cara – cara 
1) Goreng ayam mentah dengan serbuk kunyit terlebih dahulu.
2) Masukkan sedikit cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
3) Setelah garing masukkan kicap Jalen dan sos scili sedikit serta kacau.
4) Masukkan sedikit air supaya berkuah dan sambung kacau. Jangan lupa untuk tambah gula dan garam.
5) Apabila kicap sudah dimasak masukkan ayam goreng tadi dan perlahankan api.
6) Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong bulat untuk hiasan.
7) Angkat dan hidang bersama nasi ketika masih panas.


Author: Buvesh Kumar

Comments

Post a Comment