CENDAWAN TUMIS

Yang inilah baru betul – betul simple selama saya menulis resipi di sini. Lauk ini mudah disediakan oleh sesiapa sahaja apabila semua lauk – pauk habis di waktu tengahari. Mari kita lihat cara – cara menyediakan lauk ini dengan begitu mudah.

Begitu mudah untuk disedikan boleh dimakan bersama nasi putih

Bahan - bahan
Cendawan
Daun sup
5-6 ekor udang sedang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji cili merah
Garam
Sedikit air

Cara – cara
1) Pastkan memilih cendawan yang bersaiz besar dan rendam di dalam air terlebih dahulu.
2) Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris
3) Selepas itu, masukkan udang dan cendawan yang direndam
4) Tambahkan garam, air dan cii merah yang dipoting.
5) Akhir sekali, masukkan daun sup yang dipotong.
6) Sedia untuk dihidang bersma nasi putih



 Author: Buvesh Kumar






Comments

Post a Comment