FAKTA EKSPRES : HOSPITAL SULTANAH AMINAH (JOHOR DARUL TAKZIM)

· Hospital ini telah dibina pada tahun 1938


· Semasa perang dunia ke 2, Hospital ini di jadikan Hospital Tentera

· Kosnya pembinaan hospital ini adalah RM2,057,075.00.

· Rekabentuk bangunan ini telah dibuat oleh syarikat arkitek "Palmer and Turner" .


· Idea rekabentuk hospital ini diperolehi daripada sebuah hospital di Nanking, China

· Bangunan setinggi 5 tingkat ini telah memuatkan 857 buah katil. Ia mempunyai dua sayap (wing) berbentuk "T" mengandungi 80 buah katil dalam tiap-tiap wad.

· Pembukaan rasmi bangunan ini telah di lakukan pada 29hb. Mei 1941 oleh DYMM Sultan Ibrahim

· Pada masa itu, hanya seorang Pegawai Perubatan bertugas malam bagi seluruh hospital.

· Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, nama hospital di tukar kepada Rumah Sakit Umum, Johor Bahru.

· Pada tahun 1970, nama hospital ditukar kepada Hospital Besar.

· Pada tahun 1984, sekali lagi nama hospital ini ditukar kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan mengambil sempena nama bonda DYMM Sultan Johor

· Kini, hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru memberikan perkhidmatan pelbagai kepakaran

· Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim antara kerabat yang pernah menerima rawatan di HSA.


YAM Tunku Kalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail, puteri pertama TMJ lahir di HAS


Author: Buvesh Kumar


Comments

Post a Comment