IKAN BILIS TUMIS ASAM

Yang inilah baru betul – betul simple selama saya menulis resipi di sini. Lauk ini mudah disediakan oleh sesiapa sahaja apabila semua lauk – pauk habis di waktu tengahari. Mari kita lihat cara – cara menyediakan lauk ini dengan begitu mudah.


Sedap sungguh apabila boleh dimakan begitu sahaja

Bahan-bahannya:
2 ulas Bawang putih
1 biji Bawang merah
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar gula
Garam
Ikan bilis
1 biji kentang
Minyak

Cara-cara

1) Goreng kentang dan ikan bilis dahulu dan ketepikan. Tumis bawang putih seketika lalu masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih sehingga pekat.

2) Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah

3) Selepas itu, masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata.

4) Lauk sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

* Ada sesetengah ikan bilis yang masin, maka tidak perlu tambah garam.


Author: Buvesh Kumar


  

Comments

Post a Comment