MASAK SAYUR CAMPUR ALA CINA


Sebenarnya resipi ini mak saya belajar daripada Sister Wan semasa bekerja di Pantai Medical Centre di Cheras. Sister Wan seorang isteri yang pandai memasak kerana ibunya memiliki restoran sendiri di Ipoh, Perak. Apabila lauk pauk semua habis di rumah,maka anda boleh lihat saya sebagai tukang masak. Saya boleh memasak tetapi saya takkan berbuat demikian kerana malas mencuci semua perkakas selapas guna. Itulah sikap para lelaki diluar sana. Sekiranya setuju sila komen di ruang bawah.

Bahan – bahan:
1. Cendawan Shitakae (Rendam dengan air panas pun boleh)
2. Brokoli
3. Lobak Merah
4. Tepung Jagung (Dibancuh terlebih dahulu)
5. Sos tiram
6. Minyak kacang  


Cara-cara :
1.Tumis halia dan bawang putih sehinga naik bau dan nampak warna kekuningan. Setelah itu, masukkan sos tiram sedikit dan kacau sampai naik bau. Tambahkan air paip secukupnya dan pastikan api kecil dan kacau sebati.
2. Masukkan cendawan shitake dan lobak merah yang dipotong. Jangan tambah sebarang perasa kerana sos tiram sudah cukup untuk masin.

3. Masukkan brokoli dan kacau bersama bancuhan tepung jagung.Masakan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.
Kepada orang yang suka diet bolehlah mencuba resipi yang begitu mudah dan paling penting ialah sedap. 

Author: Buvesh Kumar

Comments

Post a Comment