RESEPI AYAM MASAK MADU KURMA

Yang ini pula ada cerita tersendiri bagaimana saya suka lauk ini. Pada suatu hari, saya pergi ke Restoran Mahbub di Bangsar selepas waktu bekerja. Nasib baik ada tempat duduk dalam bilik berdingin hawa. Apabila saya memesan lauk ayam merah semacam itu, saya dalam keadaan was – was mengenai rasa. Namun, rasa dia yang hebat telah membuatkan saya untuk memesan lagi satu pinggan. cuba fikir betapa sedapnya ketulan ayam tersebut. Maka, hari ini saya akan kongsi resepi yang sama diberi oleh salah seorang pekerja di sana. 

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
15 biji buah kurma
1 biji bawang besar
2 batang serai
3 sudu besar pes cili kering
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar madu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
1 1/2 inci halia


CARA MEMASAK :

1) Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Buah kurma dibuang biji dan dibelah 2 dan potong bawang besar nipis -nipis .

2) Sebelum goreng ayam hingga rangup perlu lumur dengan serbuk kunyit dan garam.

3)  Seterusnya, panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar, pes cili dan bawang besar. Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal pecah minyak dan tambahkan sos cili dan tomato.
Bottom of Form

4) Masukkan buah kurma , air secukupnya , buah tomato dan madu secukupnya . Kacau semua bahan sehingga kuah menjadi mendidih.

5)  Sekarang masukkan semua ketulan ayam yang digoreng dan sedikit garam, pastikan tambah gula sekiranya hendak rasa manis.

6) Gaulkan semua bahan-bahan dan taburkan daun sup/bawang yang telah diracik kecil .

7) Terus kacau dan boleh matikan api dapur.

8) Lauk ini boleh dihidang bersama nasi putih. 




Author: Buvesh Kumar

Comments

Post a Comment