Masakan ini biasa disediakan oleh nenek saya di kampung untuk seisi keluarga. Seperti sedia maklum masakan ini hanya dimasak di kampung kerana keluarga saya alah dengan bau hanyir. Maka kami hanya dapat peluang untuk menikmati juadah ini di kampung. Mari kita lihat cara-cara untuk menyediakan.
Bahan -bahan
Sekilo sotong
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
6 biji cili
2 sudu makan serbuk kunyit
Setengah cekak kacang panjang
Sehelai daun kunyit
Sedikit garam dan serbuk perisa
Minyak masak
Cara- cara
Cara- cara
1) Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili yang dipotong hingga naik bau
2) Masukkan dua sudu serbuk kunyit dan terus kacau sehinga sebati.
3) Masukkan sotong yang sudah dicuci dan dipotong bulat – bulat.
4) Seterusnya masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perisa. Masukkan juga kacang panjang sekali. Selepas ini tidak perlu tambah air kerana air dari sotong sudah mencukupi untuk didih.
5) Selepas beberapa minit anda boleh angkat kerana makanan laut tidak perlu banyak masa untuk masak.
6) Akhir sekali, sotong kunyit ini boleh dihidang bersama nasi putih.
Author: Buvesh Kumar
Easy guideline ... Nice
ReplyDeleteThis look delicious
ReplyDelete