RESIPI SOTONG CILI PADI PETAI – Simple dan Lazat

Masakan ini biasa disediakan oleh nenek saya di kampung untuk seisi keluarga. Seperti sedia maklum masakan ini hanya dimasak di kampung kerana kelaurga saya alah dengan bau hanyir. Maka kami hanya dapat peluang untuk menikmati juadah ini di kampung. Mari kita lihat- lihat cara untuk menyediakan. Sebelum itu, lauk ini kurang sesuai bagi kanak- kanak kerana terlampau pedas dan berminyak. Kadang – kadang orang dewasa pun tak lalu nak makan pedas - pedas, maka ambilah secukupnya jangan tamak sangat.

Bahan -bahan
Sekilo sotong
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
6 biji cili padi
Daun serai
Sedikit petai

Cara- cara

1) Kisarkan semua bahan kecuali daun serai.

2) Setelah itu tumis bawang besar, bawang putih, dan cili yang dipotong hingga naik bau

3) Masukkan bahan kisar tadi dan perlahankan api untuk mengelak percikan minyak.

3) Masukkan sotong yang sudah dicuci dan dipotong bulat – bulat.  

4) Selepas ini tidak perlu tambah air kerana air dari sotong sudah mencukupi untuk didih dan masukkan petai dan biarkan selama 5 minit.

5) Selepas beberapa minit anda boleh angkat kerana makanan laut tidak perlu banyak masa untuk masak. Hiaskan sotong dengan hirisan daun serai sebelum hidang.

6) Akhir sekali, sotong cili padi petai ini boleh dihidang bersama nasi putih. 

Sotong cili api petai sedai dihidang.





Author: Buvesh Kumar

Comments

Post a Comment