Sup ayam biasa disononimkan dengan bekalan tenaga bagi pesakit – pesakit yang baru keluar dari hospital. Saya juga setuju dengan pernyataan tersebut kerana selepas minum sup badan kita akan rasa lebih aktif dan cergas untuk bergerak. Jadi, kali ini saya ingin kongsi cara meyediakan sup ini.
Bahan – bahan
1) Sekilo kaki ayam
2) Lobak merah
3) Ubi kentang
4) Bawang putih
5) Halia
6) Lada putih
7) Lada hitam
8) Sup bunjut
9) 1 kiub pati ayam
10) Garam
11) Daun sup
12) Bawang goreng
Cara- cara
1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan semua kaki ayam dan goreng supaya ada rasa garing.
2) Masukkan bawang putih dan gaul bersama dan tutup.
3) Selpas itu, masukkan semua bahan kecuali daun sup dan bwang goreng. Pastikan api tidak diperlahankan kerana memerlukan suhu yang tinggi untuk didih.
4) Seterusnya, tambahkan air sehingga semua tenggelam.
5) Tutup dan kecilkan api, biar mereneh sehingga lembut.
6) Akhir sekali sebelum hidang masukkan daun sup dan bawang goreng.
![]() |
Sup kaki ayam sedia untuk dihidang
|
Author: Buvesh Kumar
Sup kaki ayam the best
ReplyDeleteThis what Im searching for
ReplyDelete